Term and Condition  
   
 

RIMBA PAINTBALL LEAGUE 2008

Format : Liga
Tarikh : 9 Mac - 11 Mei 2008
Hari : Setiap Ahad 10 minggu berturut-turut.
Tarikh Tutup Penyertaan: 29hb Februari 2008

**Klik di sini untuk pendaftaran.


Lokasi Pertandingan

Rimba Harmonis Paintball Extreme Zone
Jalan Harmonis 4, Taman Harmonis, 53100 Kuala Lumpur.


Kadar Bayaran

Yuran Penyertaan : RM 330.00 / pasukan
Pellet tambahan dijual dengan harga : RM 230.00 / sekotak


Konsep Pertandingan

Sasaran penyertaan 32 pasukan setiap minggu. Setiap pasukan boleh menamakan seramai lapan (8) orang pemain. Hanya enam (6) daripadanya dibenarkan bertanding, dua (2) lagi adalah pemain simpanan.

32 pasukan akan dibahagikan kepada 8 kumpulan dimana setiap kumpulan ada 4 pasukan.

Minggu 1 – 9 : Pusingan Pertama

  1. 32 pasukan setiap minggu. Dipecahkan kepada 8 kumpulan. Setiap kumpulan ada 4 pasukan.
  2. Juara setiap kumpulan (8 pasukan) akan layak ke pusingan suku akhir. Pemenang peringkat suku akhir (4 pasukan) layak ke pusingan separuh akhir dan seterusnya ke peringkat akhir (2 pasukan).
  3. Juara dan naib juara mingguan layak ke pusingan Grand Final.

Minggu ke 10 : Pusingan Grand Final

  1. 18 pasukan sahaja.
  2. Juara dan naib juara kumpulan layak ke separuh akhir dan pemenang
    akan ke peringkat akhir.

Konsep Permainan

  • Capture The Flag
    Dua pasukan. Kedua-dua pasukan hendaklah menyerang dan menumpaskan lawan masing-masing di samping merampas bendera pasukan sendiri yang diletakkan di kubu lawan masing-masing. Objektif akan tercapai sekiranya bendera tersebut dapat di bawa balik ke kubu sendiri dan memacakkannnya.

  • Chicken Run
    Dua pasukan. Bendera kedua-dua pasukan akan dibaringkan di tengah gelanggang. Setiap pasukan hendaklah memacakkan bendera masing-masing ke tanah dan cuba mempertahankannya selama 1 minit dari dijatuhkan atau dicabut oleh pihak lawan.

Hadiah

 
Hadiah Utama : RM 20,000
Hadiah ke 2 : RM 5,000
Hadiah Mingguan : RM 1,000 x 8 minggu

* Kategori Terbuka 6 x 6
* Semua peralatan sukan paintball (playing gear)disediakan oleh pihak penganjur.
* Peralatan luar tidak dibenarkan.